






Saya berumur 45 tahun, berkahwin dan mempunyai 4 orang anak. Saya telah dipersarakan awal(Medical Board) akibat sakit.Saya penghidap penyakit diabetes kronik sejak 15 tahun lalu dan sejak awal tahun 2009 telah disahkan menghidap penyakit buah pinggang kronik dan perlu menjalani rawatan haemodialisis 3 kali seminggu. Sejak itu kondisi kesihatan saya merosot dengan ketara dan kesan-kesan negatifnya dapat dilihat dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Doktor juga mengesahkan saya mempunyai masalah pada otot ,tulang ,sendi dan urat saraf di hampir seluruh badan. Sejak Julai 2010 saya menggunakan tongkat untuk bantuan berjalan dan memerlukan kerusi roda jika hendak berjalan lebih daripada 20 meter.
Saya diperkenalkan kepada Hycoflex oleh anak sulung saya sejak seminggu yang lalu dan berikut adalah kesan-kesan perubahan positif kepada sistem tubuh badan saya. Saya berasa lebih segar, bertenaga , ceria dan aktif sejak itu.
1.Mudah tidur malam dan tidur lebih nyenyak.
2.Sendi pergelangan kaki yang mengeras telah lebih fleksibel dan boleh menjalani rawatan fisioterapi di hospital.
3.Kebas-kebas akut pada kaki dan tangan semakin berkurangan.
4.Kaki menjadi lebih kuat dan bertenaga dan dapat berjalan lebih dari 100 meter tanpa henti dan boleh mengayuh basikal statik selama 30 minit dengan jarak lebih 7 kilometer.
5.Dapat berdiri lebih lama dan mampu mandi secara berdiri.
6.Dapat melengkapkan proses haemodialisis selama 4 jam setiap kali tanpa masalah serius.
Saya berasa yakin dengan kesan pengambilan Hycoflex ini dan telah menambah dos kepada 2 sachet sejak 3 hari yang lalu dan bercadang akan meneruskannya sehingga 4/6 minggu lagi. Walaupun harganya tidak murah tetapi saya berpuas hati , "Alah membeli, menang memakai".